Wednesday, December 5, 2012

#2


***************************************************************************

“Woi!” Keheningan malam digemparkan dengan jeritan penunggang motor FZ150i itu. Azfar keluar dari kenderaannya dalam keadaan compang camping. Ya waktu itu dia memang mabuk habis.
                “Beragak lah gila! Lu ingat lu kereta besar, wa nak kecut ah? “ suara halus itu datang dari helmet yang menutupi seluruh muka empunya suara.
                Kini dia sedar, dia terlanggar seorang pengguna jalan raya. Dia sudah biasa. Sungguh, dia bukanlah seorang pengguna yang berhemah. Baik dari apa segi sekalipun.
                Azfar menghulur sekeping not RM 50 dari koceknya. Dilayangkan ke hadapan muka lembaga itu.
                Helmet ditanggalkan. Ya,seorang wanita yang dilihatnya. Berambut panjang dan agak serabai. Matanya sangat cantik. Pipinya mulus dan cukup mendebarkan hati Azfar. Tangan Azfar ditepis. Wang itu melayang. Azfar terjengket-jengket berdiri. Ketika itu waktu hujan. Memang lencun habis sut hitam wanita itu.
                “Awek.” Pendek Azfar bersuara. Gayanya seperti seorang penagih dadah. Ya, dia memang seorang penagih dadah pun.
                “MAMPOS KAU LAH WEI!” Wanita itu menengking.
                Azfar pandangnya dengan gaya pelik. Sengaja dibuat. “Comel”. Bahu diangkat, kepala disengetkan bersama gaya mulutnya yang begini, ‘L’ Azfar cuba meniru gaya Dr. House yang cukup menyakitkan hati.        
Awek tadi cuba menghidupkan enjin motornya. Cubaan yang pertama gagal. Cubaan yang kedua pun gagal. Begitu juga dengan cubaan yang keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan sehinggalah Azfar menyepak mototrnya ke tepi kerana meluat. Reaksi yang cukup drastik.
                “Gua, gua, mintak maaf. Motor lu.. sudah mampos…”
                “SEBAB KAU LAH GILA!!” belum sempat Azfar menghabiskan bicaranya yang leweh, awek tadi memintas. Lantas Azfar merentap dagu awek tadi dan memeluk pinggangnya. Tika ini Azfar memang dalam keadaan separa sedar. Sekalipun dia sedar, dia memang akan melakukan sedemikian. Ya, ini Azfar. Siapa yang tak kenal? Nafsunya terhadap apapun memang tinggi. Lagi-lagi terhadap perempuan. Awek. Ataupun wanita. Yang penting bukan mak nyah pondan sial. Itu kalau dijumpa memang dipotong telur lalu dibaling ke anjing. Ataupun dijual di Thailand. ‘That’s the really way to use them’
                “Lepaskan aku gila!” wanita itu meronta.
                “Sayang, sayang… Lepak sekejap boleh. Gua, gua .. mintak maaf.” Awek tadi mengelakkan kepalanya. Mungkin mulut Azfar terlalu hanyir.
                “ Sekarang lu tengok, lu basah. Sejuk. Sebab apa? Sebab hujan. Apa kata, lu ikut gua balik, kasi kering baju, motor lu gua hantar bengkel. Lu lepak dulu rumah gua. Sampai masa lu balik. Nak cepat cepat pun nak pergi mana?” Awek tadi menyentap Azfar membuatkan Azfar melepaskannya.
                “Sial!” Dia membetulkan pakaiannya dan menyelak rambutnya.
                “Gua mintak maaf… “ Azfar menyelak rambutnya yang terjatuh diikuti dengan nada suara yang lembut.
                Awek tadi menoleh ke Azfar dan berlalu pergi.
                Azfar senyum. Berjaya. Ya, dia berjaya. Awek itu mengikut kehendaknya. Dia masuk ke dalam Lamborghini Azfar dan menghempas pintu kereta dengan kuat.
                “That’s my girl” Kereta Azfar meluncur laju balik ke rumahnya.

*********************************************************************************

No comments:

Post a Comment